Tuesday, November 24, 2009

IKAN

Ikan tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, mempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan ikan adalah seperti berikut :-
  • Hidup di dalam air.
  • Mempunyai sisik yang berlendir.
  • Mempunyai sirip untuk bergerak.
  • Bernafas melalui insang.
  • Membiak secara bertelur.
  • Berdarah sejuk.

Terdapat lebih daripada 27,000 spesies ikan, dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori utama:

  • Ikan bertulang keras (22,000 spesies)
  • Ikan bertulang rawan (800 spesies)
  • Ikan tanpa rahang (75 spesies)

IKAN JERUNG

  • Yu atau jerung adalah sekelompok (superordo Selachimorpha) ikan dengan kerangka tulang muda yang lengkap dan tubuh yang ramping. Mereka bernafas dengan menggunakan lima liang insang (kadang-kadang enam atau tujuh, bergantung pada spesies) di sisi, atau di belakang kepalanya.
  • Yu mempunyai tubuh yang dilapisi kulit dentikel dermis untuk melindungi kulit mereka dari kerosakan, dari parasit, dan untuk menmperbaiki dinamik cecair. Mereka mempunyai beberapa deret gigi yang dapat diganti. Berbeza dengan pandangan umm, yu sebenarnya jarang menyerang manusia kecuali terasa terancam.

  • Ikan yu mencakup spesies yang berukuran sebesar telapak tangan yu pigmi, Euprotomicrus bispinatus, sebuah spesies dari laut dalam yang panjangnya hanya 22 cm, hingga yu paus, Rhincodon typus, ikan terbesar, yang bertumbuh hingga sekitar 12 meter dan yang, seperti ikan paus, hanya makan plankton melalui alat penyaring di mulutnya. Yu banteng, Carcharhinus leucas, adalah yang paling terkenal dari beberapa spesies yang berenang di air laut mahupun air tawar (jenis ini ditemukan di Tasik Nicaragua, di Amerika Tengah) dan di delta-delta.

IKAN PAUS

  • Ikan paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus adalah mamalia dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, ikan paus mempunyai ciri-ciri berikut:

    • bernafas melalui paru-paru
    • mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa)
    • berdarah panas
    • mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak.
    • mempunyai empat ruang jantung

  • Ikan paus purba berevolusi pada pertengahan tempoh Eocene, kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu ikan paus terawal yang telah pupus adalah Basilosaurus yang mempunyai kepala kecil bermuncung menonjol dan bergigi. Basilosaurus sepanjang 25 meter panjang.

  • Tinggalan fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai) yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu. Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus, adalah Ambulocetus, mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun.

  • Pada masa kini, terdapat dua jenis ikan paus iaitu ikan paus Odontoceti paus bergigi, dan paus Baleen, Mysticeti. Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong, dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air, dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.

IKAN SALMON

  • Salmon adalah nama biasa bagi beberapa spesies ikan dari keluarga Salmonidae. Beberapa ikan lain di dalam keluarga ini dipanggil trout; perbezaannya adalah disebabkan kehidupan migrasi ikan salmon dibandingkan dengan sikap perumahan ikan trout, satu perbezaan yang betul untuk genus Salmo. Salmon hidup di dalam Atlantik (satu spesies migrasi Salmo salar) dan Lautan Pasifik, selain di Tasik-tasik Besar (kira-kira sedozen spesies dari genus Oncorhynchus)

  • Secara tipikal, salmon adalah anadromous: ia menetas di air tawar, berpindah ke laut, kemudian kembali semula ke air tawar untuk membiak. Walaubagaimanapun, terdapat spesies yang hanya mampu hidup di habitat air tawar. Ia kemungkinan besar disebabkan oleh perternakan spesies-spesied tertentu ikan salmon. Folklore membuktikan bahawa salmon akan kembali ke lokasi sebenar di mana ia ditetaskan, kajian telah membuktikan kebenaran dakwaan ini, akan tetapi sifat bagaimana memori ikan ini berfungsi telah menjadi perdebatan panjang.

IKAN KELISA


  • Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.

  • Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil.


  • Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.

KELAKUAN

Ikan kelisa merupakan haiwan karnivor. Mereka pandai melompat, dan banyak yang mencari makan berhampiran permukaan air.

KELISA EMAS

  • Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue; nama sainsnya Scleropages formosus)


  • Ikan Kelisa Emas Indonesia (Indonesian Golden atau Red-Tailed Golden Arowana; nama sainsnya Scleropages aureus)

IKAN ANGEL

  • Ikan Angel (Pterophyllum Sclare) berbentuk pipih dan hujung mulutnya tajam. Sirip dorsal dan analnya terbuka lebar ke arah ekor. Di bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Warna di bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat. Di bahagian atas kepalanya coklat kehitaman.

  • Ikan ini boleh membesar sehingga 15cm. Morfologinya yang berbentuk cakera dan suka berenang di pertengahan akuarium menjadikan ia sangat digemari sebagai ikan hiasan. Ikan ini tahan lasak dan pemakanannya mudah. Ia diberi makan Blood worm, Daphnia sd., Moina sp., jejentik dan pelet.

  • Ikan ini sesuai diternak secara berkumpulan. Ikan jantan mempunyai badan lebih besar daripada ikan betina. Jika dipandang dari atas kelihatan perutnya pipih dan kepalanya lebih besar. Bahagian atas antara mulut dan sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung. Warnanya lebih terang. Liang genitalnya kecil panjang dan berbentuk 'V'. Ikan betina bersaiz lebih kecil.

  • Pandangan dari atas kelihatan perutnya lebih besar dan kepalanya lebih kecil. Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata. Warnanya tidak secerah ikan jantan. Liang genitalnya lebih tebal dan membengkak berbentuk 'U' apabila ikan telah matang. Tabiat ikan betina juga kurang agresif daripada ikan jantan.

  • PEMBIAKAN

Apabila ikan angel jantan dan betina yang matang mendapat pasangan yang sesuai ia akan sentiasa berdua-duan, dan akan mencari permukaan untuk bertelur. Ikan angle melakukan pesenyawan luaran. Telur mereka boleh menjangkau hingga 800 biji